HADIS MUSLIM

Friday, 27 May 2011

AKTIVITI YANG BIASA DILAKUKAN PELAJAR ASRAMA SEMASA CUTI SEKOLAH

TIDUR...

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH

BAGAIMANA ANDA MENGHABISKAN CUTI SEKOLAH?

Assalamualaikum, cikgu ingin mengucapkan selamat bercuti sekolah. Pesanan cikgu agar isilah masa cuti sekolah ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Jangan lupa kerja sekolah yang diberi. Semoga anak-anak pelajar dapat meluangkan masa sebaiknya bersama keluarga tersayang.

Thursday, 26 May 2011

'SEDIADA' ATAU 'SEDIA ADA' ?

'PUMP ANGIN' ATAU 'PAM ANGIN' ?

Wednesday, 25 May 2011

APA SALAHNYA GUNAKAN BAHASA MELAYU 'ZON 5'

Sunday, 22 May 2011

MARTABAK YANG SEBETULNYA

Saturday, 21 May 2011

MEE ATAU MI ?

AL-FATIHAH BUAT MANGSA TANAH RUNTUH


HULU LANGAT 21 Mei Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki. Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus. Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam. Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an. Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang. Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah. Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din. Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang. Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut. Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak. Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus. “Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. - UTUSAN

SIMPTOM YANG AKAN DILALUI OLEH BANGSA MELAYU


Tanda orang lupakan diri, tidak ingat lagi bahasa sendiri
Tanda orang tidak amanah, bahasa sendiri dipandang rendah.
Tanda orang bodoh dan bebal, bahasa sendiri dia tidak kenal
Tanda orang bebal dan dungu, berbahasa sendiri dia malu
Apa tanda orang yang dungu, bahasa sendiri dia tidak tahu
Apa tanda orang yang malang, bahasa sendiri dia buang

BANDARAYA ATAU BANDAR RAYA ?

KITA BIASA MELIHAT PAPAN TANDA INI DI TEPI JALAN. TAPI TAHUKAH KITA BAGAIMANA EJAAN YANG SEBENARNYA?

Friday, 20 May 2011

KELINIK ATAU KLINIK ?


SALAH GUNA BAHASA

Thursday, 19 May 2011

MERBAHAYA ATAU BERBAHAYA?

KENAL PASTI KESALAHAN BAHASA

Thursday, 12 May 2011

ROSAK BAHASA MELAYU

SEPATUTNYA JURUJUAL WANITA DIPERLUKAN

KESALAHAN BAHASA DI SEKELILING KITA

Sepatutnya 'DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT'

BAHASA IBUNDA BANTU KECEMERLANGAN PELAJAR

12/05/2011 4:06pm

PARIS 12 Mei — Kanak-kanak akan cemerlang jika didedahkan dengan pelajaran menggunakan bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah, kata Ketua Pengarah Unesco, Irina Bokova.
Beliau berkata, terdapat bukti menunjukkan kanak-kanak di seluruh dunia seperti di Mexico dan Peru yang mendapat pendidikan peringkat rendah dalam bahasa ibunda akan cemerlang di bilik darjah.
Bercakap kepada wartawan Malaysia di ibu pejabat Unesco di sini hari ini, Bokova berkata, bahawa sebagai satu dasar, pertubuhan itu sentiasa menggalakkan pengajaran dalam bahasa ibunda khususnya di peringkat rendah dan bagi mata pelajaran yang sukar.
"Saya tahu ianya memerlukan sedikit belanja dan sukar untuk dikendalikan kerana kita perlukan buku teks dan yang lain-lain tetapi mutu pelajaran akan meningkat jika terdapat pembelajaran dalam bahasa ibunda,” katanya.
Bokova memuji kerajaan Malaysia kerana menetapkan satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi pendidikan. — Bernama 

Wednesday, 11 May 2011

CIRI-CIRI PERENGGAN ISI KARANGAN YANG BAIK

 Setiap perenggan hendaklah mengandungi 4 unsur ;
a.       Ayat topik/isi utama.
• Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
• Gunakan ayat yang mudah.
b.      Huraian (ayat huraian)
•Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
• Boleh merangkumi aspek persoalan bagaimana dan mengapa.
 •Menggunakan penanda wacana yang sesuai.
• Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik.
c.       Contoh (ayat contoh)
•Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk data statistik, pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati, dan penemuan atau kajian sains.
d.      Kesimpulan (ayat penegas)
• Penutup kepada perenggan dan menegaskan

Contoh Perenggan 4 Unsur

Contoh 1
Skop soalan : Punca kesesakan jalan raya

(Ayat 1) Punca selanjutnya yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya ialah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. (Ayat 2) Kebanyakan mereka terutamanya pemandu kenderaan memandu kenderaan mereka dengan mengikut hati sendiri tanpa mematuhi undang-undang jalan raya dan menghormati hak pengguna jalan raya yang lain. Pengguna jalan raya seperti ini menganggap jalan raya hak mereka sendiri. Tindakan yang dilakukan oleh mereka ini telah mengundang berlakunya kesesakan di jalan-jalan raya. (Ayat 3) Keadaan ini menyebabkan mereka melakukan pelbagai kesalahan jalan raya seperti memotong barisan kenderaan, melanggar lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar, dan berhenti di petak kuning. (Ayat 4) Hal ini jelas menunjukkan bahawa sikap pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab mengundang berlakunya kesesakan di jalan raya.

Ayat 1 : Ayat utama/ayat topik
Ayat 2 :Ayat Huraian
Ayat 3 :Ayat contoh
Ayat 4 :Ayat penegas

Contoh 2
Soalan karangan :
Masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita sudah menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita hendak membendung masalah ini daripada menjadi semakin buruk?

(Ayat 1) Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga. (Ayat 2) Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga juga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. (Ayat 3) Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan, sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makanbersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd Fadhilah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagimengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja. (Ayat 4) Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja.

Ayat 1 : Ayat topik
Ayat 2 : Ayat huraian
Ayat 3 : Ayat contoh
Ayat 4: Ayat penegas

Contoh 3
Soalan Karangan :
Sambutan bulan kemerdekaan, sekolah anda telah menganjurkan pidato kemerdekaan. Anda berminat untuk menyertai pidato tersebut. Tajuk pidato tersebut ialah cara-cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Tuliskan pidato tersebut selengkapnya.

(Ayat 1)
Antara langkah yang boleh dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar adalah dengan mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah. (Ayat 2) Hal ini demikian kerana dengan adanya mata pelajaran Sejarah, semangat patriotik dapat disebarkan secara menyeluruh dengan lebih mendalam mengenai sejarah negara kita. (Ayat 3) Sebagai contoh, pelajar dapat mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa negara hendak mencapai kemerdekaan dan menyelami pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh pejuang-pejuang negara dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan. (Ayat 2) Dengan ini, semangat patriotik dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar untuk mempertahankan kebebasan yang telah kita perolehi pada hari ini apabila mengetahui betapa tingginya nilai kemerdekaan sesebuah negara. Bak kata pepatah Melayu, 'tak kenal, maka tak cinta'. Selain itu, dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, pelajar juga dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang tokoh-tokoh terkemuka yang telah banyak berjasa kepada negara. Hal ini akan membangkitkan semangat untuk mencontohi jasa-jasa yang telah ditaburkan. Aspek ini dapat dilihat dalam diri pelajar seperti pelajar akan mempunyai semangat yang lebih kental dan tidak mudah goyah dalam menegakkan sesuatu perkara demi keadilan negara. (Ayat 4) Oleh itu, mempelajari mata pelajaran Sejarah amat penting bagi melahirkan pelajar yang berjiwa patriotik dan mempunyai semangat cinta akan tanah air.

Ayat 1: Ayat topik/ayat utama
Ayat 2 : Ayat huraian
Ayat 3 : Ayat contoh
Ayat 4: Ayat penegas

PANDUAN FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU SPM

KERTAS 1 - Masa 2 Jam 15 Minit (130 Markah)


Bahagian A – Karangan Berpandu (wajib jawab)
- Bahan rangsangan yang kemungkinan boleh diberi seperti gambar rajah, cartai pai, carta palang, jadual, carta aliran, kartun, keratan petikan akhbar, iklan, poster dan lain-lain
- Terdapat dua jenis soalan :
(i) Arahan soalan berfokus contoh hurai pendapat anda tentang punca..., hurai pendapat anda tentang faktor..., hurai pendapat anda tentang langkah... Jawapan anda mestilah menjawab kepada skop yang dikehendaki
(ii) Arahan soalan tidak berfokus contoh hurai pendapat anda tentang gambar di bawah... Jawapan anda bebas mengikut skop yang anda sendiri fikirkan.
- Isi karangan berpandu mestilah 3 hingga 4 isi
- Sistem pemerengganan – 1 perenggan untuk pendahuluan, 3 atau 4 perenggan isi dan 1 perenggan untuk penutup
- Masa dicadangkan 45 minit dan 30 markah


Bahagian B – Karangan Umum (pilih satu soalan)
- Soalan 1 – Karangan Umum berdasarkan Diri sendiri
- Soalan 2 – Karangan Umum berdasarkan Keluarga
- Soalan 3 – Karangan Umum berdasarkan Masyarakat
- Soalan 4 – Karangan Umum berdasarkan Negara / Dunia
- Soalan 5 – Karangan Umum berdasarkan KOMSAS
- Pilih soalan yang betul-betul anda tahu, arif dan mahir. Jangan pilih soalan yang boleh membunuh diri anda sendiri.
- Isi karangan umum mestilah 5 hingga 6 isi
- Sistem pemerengganan – 1 perenggan untuk pendahuluan, 5 atau 6 perenggan isi dan 1 perenggan untuk penutup.
- Masa dicadangkan 1 jam 30 minit dan 100 markah.


KERTAS 2 - Masa 2 jam 30 minit


Soalan 1 – Rumusan (30 markah)
- Pendahuluan ditulis satu ayat sahaja. Tukar kata kunci soalan pertama. Contohnya ialah faktor tukar kepada sebab/punca, kesan tukar kepada akibat,langkah tukar kepada cara
- Isi tersurat mestilah 6 isi. Isi tersurat terdapat dalam petikan berpandukan kata kunci soalan pertama.
- Isi tersirat 2 isi yang tidak terdapat dalam teks. Berdasarkan kata kunci soalan kedua.
- Penutup mesti ada cadangan dan harapan. perkataan yang boleh digunakan ialah …perlu/mestilah dan …agar/supaya


Soalan 2(a) – Petikan Pemahaman Umum
*peringatan : untuk soalan pemahaman jumlah jawapan yang perlu diberi adalah berdasarkan jumlah markah
- soalan tentang maksud rangkai kata dalam petikan (2markah)
- soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (4markah)


Soalan 2(b):Petikan Prosa Moden (Drama/Cerpen)
- Soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (3markah)
- Soalan berdasarkan Komsas (3markah)


Soalan 2(c): Petikan Prosa Klasik
- Soalan tentang maksud ayat atau rangkai kata dalam petikan (2markah)
- Soalan bertumpu, yakni yang berkaitan dengan isi dalam petikan dan jawapan diambil secara langsung dalam petikan. (3markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (3markah)


Soalan 2(d): Petikan Puisi (Pantun)
- Soalan tentang maksud ayat atau rangkai kata dalam petikan (2markah)
- Soalan jenis pandangan/pendapat (4markah)
- Soalan berdasarkan Komsas (3markah)


Soalan 3: Pengetahuan Tatabahasa


(a) – Bina ayat (6markah)
(b) – Tukar ayat (jenis-jenis ayat / ayat songsang /ayat aktif / ayat pasif / sambung ayat / pisahkan ayat / cakap ajuk cakap pindah / analisis ayat)
(6 markah)
(c) – Kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
(d) – Kesalahan kata, istilah dan tatabahasa (6 markah)
(e) – Peribahasa (6 markah)


Soalan 4: Novel
(a) Umum (7 markah)
(b) Perbandingan novel (8 markah)
 

Design by Amanda @ Blogger Buster